Hari Bersama Komuniti PI Kg. Stungkor Baru
29 Febuari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 28 Febuari 2016, PI Kg. Stungkor Baru telah menganjurkan Hari Bersama Komuniti PI Kg. Stungkor Baru, dan dibantu oleh PI Krokong, PI Sibuluh dan PI Serasot.
Tujuan Hari Komuniti ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan diantara PI dan komuniti setempat, dan memperkenalkan PI sebagai salah satu pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan berasaskan ICT demi kepentingan masyarakat setempat.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah pada hari tersebut ialah pertandingan TypingWeb Online, taklimat serta kuiz Klik Dengan Bijak (KDB), pertandingan Permainan KDB Berkumpulan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: